Selamat Datang!!!

Selamat Datang!!!
Showing posts with label PANTUN. Show all posts
Showing posts with label PANTUN. Show all posts

Pantun 1 Malaysia

Bayu menderu bagai sapaan
Sapaan buat orang dekat
Rakyat majmuk satu kebanggaan
Hidup harmoni bersama sepakat.

Waktu pagi alam berseri
Pabila mentari  terbit menjelma
Konsep diutara perdana menteri
Perpaduan dipupuk matlamat utama.

Budaya dan adat jangan dipersia,
Diperturunkan zaman berzaman,
Formula baharu satu Malaysia,
Status Negara maju hasil diharapkan.

Panahan mentari rintikan peluh,
Cahaya memancar berwarna merah,
Bangsa Malaysia ilham wawasan 2020
Satu Malaysia penunjuk arah.

Seri pagi tumbuh melata,
Riang berkicau si burung belatuk
Bersatu padu sesama kita
Negara kukuh stabil bakal terbentuk .

Bak Pauh dilayang cantiknya pipi,
Si gadis ayu banyak rahsia,
Identiti etnik tidak diketepi,
Satu kebanggan rakyat Malaysia.

Masak ranum buah delima,
Enak rasanya semais madu,
Kepelbagaian budaya diterima,
Penambah rencah hidup berpadu.

Anak dara duduk berdua,
Cantik manis siapa gerangan,
Hormat menghormati  amalan semua,
Sikap toleransi ditinggal jangan,

Bicara indah disulami kiasan,
Pantun dijual juga dibeli,
Keadilan kaum asas gagasan,
Tiada siapa bakal terkecuali.

Cantik sungguh si raja sehari,
Persalinan indah berwarna suasa,
Baju kurung, congsam dan sari,
Budaya dikongsi sesama bangsa.

Paras rupawan puteri  kayangan,
Tubuh sarat dengan perhiasan,           
Satu Malaysia dapat sokongan,
Pelbagai golongan juga lapisan.


Tugasan : Kenalpasti ciri-ciri yang perlu ada pada serangkap pantun dan tinggalkan di ruangan komen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari Berpantun!

Pantun 1Malaysia

Cantik sungguh pemandangan lukisan,
Menjadi tatapan setiap masa,
Gagah pemimpin membina gagasan,
Memacu perpaduan mengikat bangsa.

Pabila berkata jagalah perasaan,
Terkandung makna setiap kalimat,
Satu Malaysia slogan kerajaan,
Negara bangsa jadi matlamat.

Merpati terbang tinggi di angkasa,
Hinggap sebentar di pohon jati,
Kita hidup berbilang bangsa,
Gagasan Satu Malaysia tersemat di hati.

Keindahan pantai menggamit sukma,
Dinikmati manusia sepanjang masa,
Berbeza adat, budaya dan agama,
Bukan penghalang penyatuan bangsa.

Cincin emas cincin suasa,
Dipakai wanita tak kira masa,
Gagah pemimpin membina bangsa,
Memacu perpaduan mengikat bangsa.

Sejadah dilipat selepas solat,
Tikar dihampar sebagai alas,
Hidup ibarat bola yang bulat,
Misi Satu Malaysia harus digalas.

Hari minggu rehatkan diri,
Pergi berehat di tepi pantai,
Pengasas Satu Malaysia Perdana Menteri,
Marilah kita sama sertai.

Cantik sungguh taman rama-rama,
Dikunjungi bersama keluarga dan rakan,
Satu Malaysia digalas bersama,
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Pemandangan bukit memecah suara,
Kesunyian pantai menggamit rasa,
Gagasan Satu Malaysia tersemat di hati,
Menjadi naungan payung negara.

Cantik sungguh kilauan mutiara,
Cahayanya bersinar tanpa hilang,
Rakyat Malaysia penggerak negara,
Ke arah memacu kejayaan gemilang.

Cantik sungguh intan permata,
Dipakai wanita sebagai hiasan,
Tanamkan diri perasaan cinta,
Semangat nasionalisme jati diri insan.

Mutiara kata penuh hidayat,
Dilontar penuh ungkapan suara,
Pemimpin adil berjiwa rakyat,
Sumber inspirasi kepada negara.

Hidup di dunia penuh kembara,
Umpama diri di celahan buluh,
Gagasan Satu Malaysia slogan negara,
Ke arah mencapai Wawasan 2020.

Setiap perkara terkandung rahsia,
Tersimpan kemas tanpa suara,
Kebajikan rakyat perlu diutamakan,
Tonggak utama kejayaan negara.

Bicara hati pelbagai rasa,
Menunggu hanya sebuah jawapan,
Satu Malaysia satu bahasa,
Sumber insan menjadi ungkapan.

Walau hidup pernah tersungkur,
Janganlah hati mudah terasa,
Kesetiaan negara kayu pengukur,
Utamakan kepentingan negara bangsa.

Setiap kehidupan penuh misteri dan rahsia,
Menduga keteguhan perasaan dan taqwa,
Perpaduan teras Satu Malaysia,
Dipahat di hati disemat di jiwa.

Mutiara cinta ungkapan teruna,
Kepada dara pujaan hati,
Janji yang diungkap perlu dilaksana,
Agar rakyat tidak terabai.

Rumah terbuka dikunjungi ramai,
Riuh rendah suara sakat-menyakat,
Nilai-nilai murni haruslah disemai,
Sebagai perisai dalam masyarakat.

Ucapan kata buat hati gundah,
Terkejut mendengar hingga kaca berderai,
Laungan Satu Malaysia bergema sudah,
Ayuh berpegang jangan terlerai.

Lama direndam paku berkarat,
Umpama memahami hati yang duka,
Satu Malaysia sudah tersurat,
Kedamaian tersirat bangsa merdeka.

Hasil Nukilan,
Cikgu Mazni Malik




Tugasan : Buat pantun anda sendiri berdasarkan tema 1 Malaysia dan tinggalkan di ruangan komen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS