Selamat Datang!!!

Selamat Datang!!!

Mari Berpidato!



Apa itu pidato?

Pidato ialah seni pengucapan yang menggunakan atau memakai bahasa yang indah dengan tujuan untuk memikat atau memukau pendengaran audiens untuk terus mendengar apa yang diperkatakan.Pidato atau pengucapan awam adalah tunggak kepada lahirnya sebuah masyarakat yang berkeyakinan, berketrampilan, berwibawa dan mampu meluahkan kebijaksanaan serta hujah berkesan bagi melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang berjaya.

Ilmu pidato adalah satu cabang ilmu yang memerlukan kredibiliti dan pengasahan minda intelek. Keintelektualan minda akan menonjolkan kewibawaan diri serta karisma seseorang bagi mendepani khalayak.
Sebuah pidato intelek perlu berasaskan prinsip fatonah (kebijaksanaan), amanah (kejujuran), Tabligh (menyampaikan) dan siddiq(kebenaran) serta ukhuwah (pertalian). Oleh itu, mempelajari ilmu pidato diabad ini merupakan keperluan yang dapat meningkatkan prinsip kejayaan dalam kehidupan sebagai teras komunikasi secara terancang, sistematik dan profesional.

Pidato juga merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari dan bukanlah satu keistimewaan semulajadi atau diwarisi secara turun temurun. Pidato ini telah wujud sejak di zaman purba lagi malah ianya merupakan alat komunikasi dan berbahasa bagi menyampaikan maksud secara simbolik, berkias dan sarat budaya pertuturan bagi menggambarkan sesebuah bangsa itu.  


Bincangkan kepentingan-kepentingan pidato dalam meningkatkan keyakinan diri seseorang individu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hip-Hop Kata Ganda




Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam 
perkataan tersebut.
          Kata ganda terdiri daripada:
          (a) kata ganda seluruh;
          (b) kata ganda semu;
          (c) kata ganda separa;
          (d) kata ganda bersajak atau berima;
          (e) kata ganda berimbuhan.

3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling

Gandaan Seluruh Kata
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
 Contoh : 
Gandaan kata namaGandaan Kata kerjaGandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat
 
sama ada sebahagian atau seluruhnya.
2.       Kata ganda terdiri daripada:
          (a) kata ganda seluruh;
          (b) kata ganda semu;
          (c) kata ganda separa;
          (d) kata ganda bersajak atau berima;
          (e) kata ganda berimbuhan.

Kata Ganda Seluruh
1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

Senarai Kata Ganda Seluruh
alat-alat awal-awal baik-baik benar-benar besar-besar budak-budak cacing-cacing cepat-cepat curam-curam dalam-dalam daun-daun dekat-dekat elok-elok erat-erat gajah-gajah gemuk-gemuk hampir-hampir hitam-hitam ibu-ibu jarang-jarang jari-jari kadang-kadang kasar-kasar kereta-kereta lazat-lazat lembu-lembu lembut-lembut nakal-nakal nanas-nanas nyaris-nyaris pagi-pagi putih-putih
1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan
2 Kata Ganda Semua
1.       Kata ganda semua ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
Kata ganda semua mempunyai makna yang khusus.

3.       Kata ganda semua terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Semua
agar-agar, anai-anai, angkut-angkut, anting-anting, biri-biri, gula-gula,  jentik-jentik, kanak-kanak, kisi-kisi kunang-kunang.

3 Kata Ganda Separa
1.       Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima
2.       Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Separa
bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum 
jejentik 
kekabu
kekisi
kekunci
kekuda 
lelaki
lelangit

4 Kata Ganda Bersajak/Berima
1.       Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

Contohnya:
(a)      persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.

penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.

Persamaan Bunyi
di Pangkal
Persamaan Bunyi
di Hujung
Penyesuaian bunyi
Seluruhnya
batu-batananak-pinakbolak-batik
beli-belahcalar-balarcompang-camping
bengkang-bengkokcerai-beraidolak-dalik
corat-coretcomot-momotgopoh-gapah
degap-degupgotong-royonggunung-ganang
dentam-dentumkarut-marutharu-biru
desas-Jesuskaya-rayahuru-hara
gembar-gemburkuih-muihhuyung-hayang
gerak-geripindah-randahkacau-bilau

Gandaan Separa  Separuh
1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.

Contohnya :
lelakibebolalelabahpepohonjejari
kekudajejentikkekabudedaunkekisi

Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.

Contoh :
lauk-paukbatu-batasaudara-marabukit-bukaukacau-bilau
tunggang-langgangtanah-tanihsemak-samunbengkang-bengkokgelap-gelita

Gandaan Menyalin
1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )

contoh :
tahu-menahutolong-menolongjahit-menjahittarik-menarikkejar-mengejar
sulam-menyulamtawar-menawarkata-mengatasepak-menyepakkarang-mengarang
tari-menaritangis-menangisrampas-merampastumbuk-menumbuksimpan-menyimpan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS