Selamat Datang!!!

Selamat Datang!!!

Pencarian Kata Kerja berdasarkan lagu Azfar, 'Akan Ku Jumpa'.


KATA KERJA
Kata kerja ialah kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau perlakuan. Binaan bagi kata kerja boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. Contohnya, kanak-kanak itu sedang bermain.

Kata kerja terdiri daripada dua jenis iaitu:
a.      Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif memerlukan frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Contohnya :
(i)                 Budak itu ketawa.
(ii)               Petani sedang bekerja di sawah.
(iii)             Pesawat itu belum mendarat lagi.
Berdasarkan contoh di atas, kata kerja tak transitif  terdiri daripada ketawa, bekerja dan mendarat. Ketiga-tiga kata kerja tersebut  tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek,tetapi mengandungi unsur lain bersama-samanya, iaitu kata bantu (sedang dan belum) dan kata keterangan (di sawah dan lagi).

b.      Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang perlu disambut dengan frasa nama (objek) untuk melengkapkannya. Malahan, kata kerja transitif tidak dapat menjadi frasa kerja kerana tidak dapat berdiri sendiri dalam ayat. Kata kerja transitif juga boleh dibentuk daripada daripada kata kerja transitif apabila ditambahkan objek bagi menyempurnakan maksud ayat. Contohnya:
(i)                 Pekerja-pekerja memperbesar jalan itu.
(ii)               Adik saya baru melahirkan anak.
(iii)             Pelajar itu mempelajari bahasa Melayu.

Berdasarkan contoh di atas, kata kerja transitif tidak dapat menjadi frasa kerja kecuali disertai frasa nama sebagai objeknya. Dalam hal ini, objek biasanya menjawab pertanyaan ‘APA’ atau ‘SIAPA’ (contoh: memperbesar apa?, atau melahirkan siapa? atau mempelajari apa? Bagi kata kerja tersebut. Selain itu, ayat yang mengandungi frasa kerja transitif boleh dipasifkan. Contohnya:
a)      Guru itu mengajarkan tatabahasa.
Menjadi à    Tatabahasa diajarkan oleh guru itu.




Berdasarkan klip video ini, senaraikan seberapa banyak perkataan yang tergolong dalam golongan Kata Kerja (kk).

Sila tinggalkan jawapan anda di dalam ruangan komen untuk disemak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment