Selamat Datang!!!

Selamat Datang!!!

Pantun 1 Malaysia

Bayu menderu bagai sapaan
Sapaan buat orang dekat
Rakyat majmuk satu kebanggaan
Hidup harmoni bersama sepakat.

Waktu pagi alam berseri
Pabila mentari  terbit menjelma
Konsep diutara perdana menteri
Perpaduan dipupuk matlamat utama.

Budaya dan adat jangan dipersia,
Diperturunkan zaman berzaman,
Formula baharu satu Malaysia,
Status Negara maju hasil diharapkan.

Panahan mentari rintikan peluh,
Cahaya memancar berwarna merah,
Bangsa Malaysia ilham wawasan 2020
Satu Malaysia penunjuk arah.

Seri pagi tumbuh melata,
Riang berkicau si burung belatuk
Bersatu padu sesama kita
Negara kukuh stabil bakal terbentuk .

Bak Pauh dilayang cantiknya pipi,
Si gadis ayu banyak rahsia,
Identiti etnik tidak diketepi,
Satu kebanggan rakyat Malaysia.

Masak ranum buah delima,
Enak rasanya semais madu,
Kepelbagaian budaya diterima,
Penambah rencah hidup berpadu.

Anak dara duduk berdua,
Cantik manis siapa gerangan,
Hormat menghormati  amalan semua,
Sikap toleransi ditinggal jangan,

Bicara indah disulami kiasan,
Pantun dijual juga dibeli,
Keadilan kaum asas gagasan,
Tiada siapa bakal terkecuali.

Cantik sungguh si raja sehari,
Persalinan indah berwarna suasa,
Baju kurung, congsam dan sari,
Budaya dikongsi sesama bangsa.

Paras rupawan puteri  kayangan,
Tubuh sarat dengan perhiasan,           
Satu Malaysia dapat sokongan,
Pelbagai golongan juga lapisan.


Tugasan : Kenalpasti ciri-ciri yang perlu ada pada serangkap pantun dan tinggalkan di ruangan komen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment